Monday, February 9, 2009

Another cooking tips for today...

TILAPIA MERAH KERABU EPAL
(hidangan untuk 3-4 orang)


1 ekor ikan tilapia merah (saiz sederhana)
- diberi garam dan tepong jagung kemudian digoreng dengan minyak yang banyak sehingga warna keemasan


Kerabu epal
- 2 biji epal hijau dihiris memanjang
- 4 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- cili padi ikut kepedasan
- 2 biji limau kasturi diambil jus
(dicampur sekali dan diberi sedikit gula, garam dan aji-na-moto)

- 1/3 gelas jus limau kasturi ditambah gula garam dan aji-na-moto
(dituang diatas ikan sebaik mungkin selepas ikan digoreng)

Setelah siap semua bahan diatas, taburkan kerabu epal diatas ikan tadi dan hidangkan bersama lauk-pauk lain untuk lebih menyelerakan lagi makan tengah hari atau makan malam anda sekeluarga.

***Selalunya saya akan menyediakan masakan seperti ini pada hujung minggu ataupun apabila tiba Bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment