Sunday, February 15, 2009

MEE KUNING / KUEH TEOW GORENG / MEE HOON GORENG PLAIN


I dont really celebrate Valentine's day but.... suka-suka aje want to update my blog... My children attend extra class last Saturday (14th February). After sending them to school my hubby belanja me breakfast at Stutong Market, so consider "VALENTINE BREAKFAST" he ordered mee goreng malay style + teh tarik special and I ordered kueh teow goreng chinese style + kopi peng.
Taste ok but i dont really like the way they cook... a bit basah and plain.... cant finish all. I actually like plain but not basah. If i fried either noodles or kueh teow i prefer not so plain and for my plain mee hoon normally i add a bit of udang kering tumbuk. You guys can try my recipe here:-

MEE KUNING/ KUEH TEOW GORENG

1 bungkus mee kuning/ kueh teow
12 ekor udang dibuang kulit dan dicelur dan ditos
segenggam isi ayam yang telah di rebus dan dicarik
1 biji telor ayam
1-2 batang daun sawi
sedikit taugeh (optional)
sedikit lobak merah dihiris memanjang (optional)

untuk menumis
2 sudu makan minyak makan untuk menggoreng
kicap manis secukupnya
garam dan aji-na-moto secukupnya

untuk hiasan
2 ulas bawang merah dihiris dan ditumis berasingan
1 ulas bawang putih dihiris
sedikit daun sup dihiris
sedikit cili dihiris
limau nipis dibelah dua

cara-cara menyediakannya:-
Lebihan minyak gorengan bawang untuk hiasan digunakkan untuk menumis semula. Pecahkan telur kedalam kuali dan dikuar dan masukkan kueh teow dan diberi kicap, garam dan aji-na-moto. Masukkan sayur-sayuran tadi dan dikuar sekejap lalu di masukkan udang dan isi ayam. Kuar sekejap dan diangkat lalu dihias dengan bahan hiasan dan segeralah dihidang.

Nota:
1. Untuk mee kuning, semasa menggoreng taruh sedikit air dan kuar pelahan-lahan supaya mee lembut sedikit dan serap bahan. selepas itu bolehlah dimasukkan bahan-bahan lain.

2. Untuk kueh teow, tidak perlu digoreng lama-lama sebab ia akan melembut dan merosakkan texture mee tersebut.

MEE HOON GORENG PLAIN/KOSONG

1 paket mee hoon dicelur dan di tos
2 biji telur ayam
segenggam udang kering direndam dan di tumbuk halus
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
minyak untuk menumis
kicap, garam dan aji-na-moto secukupnya
sos cili secukupnya

Optional (ikut kemahuan anak-anak)
Sosages dan lobak merah dihiris memanjang


Cara menyediakannya:-

Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga angkat wanginya, lepas itu pecah telur dan masukkan mee hoon. Gaul sehingga rata masukkan kicap, garam aji-moto dan sos cili lalu dikuar sehingga rata. Setelah itu hidangkan dengan sambal kicap soto.

*** Mee hoon goreng plain seperti ini adalah kegemaran anak-anak yang tidak menggemarkan sayur-sayuran.

No comments:

Post a Comment