It's been almost a month I've not updating you guys. Sometimes malas and sometimes bz..... well, agak-agak dah banyak macam masakan dah I've tried over the weekend. Lately I m helping my brother for the "DOA SELAMAT BABY". I've prepared 6-8 dishes for 100 pax. The main menu is nasi putih, mee hoon goreng plain, kueh teow goreng biasa, kari ayam, ka chang ma, chicken wing goreng, tauhu bersos tiram and also some dessert like agar-agar pandan and honeydew + watermelon. My grandma also contributed some lemang & ketupat so I only prepare the "kuah satay". My mum contributed "kueh apam susu". I am lucky becoz 4th Saturday we're not working and my sister in-law and my auntie also available to help. So you guy can try my highlighted new recipe here...
TAUHU BERSOS TIRAM
bahan-bahan:-
4 keping tauhu
-dipotong 4 berbentuk segitiga, digoreng supaya keras sedikit
1 tin jagung ligo
-dibuang airnya
1 mangkuk kecil cendawan hitam
- direndam sehingga cukup lembut
1 batang karot
-dipotong ikut bentuk kesukaan anda
5 sudu makan sos tiram
3 sudu makan tepong jagung + 1/2 mangkuk air
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 buku stok ayam Knorr/Maggie
minyak untuk menggoreng dan menumis
garam dan aji-na-moto secukup rasa
Cara menyediakannya:-
Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan karot, cendawan dan jagung. Selepas itu masukkan sos tiram dan semua bahan perisa dan akhir sekali masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dan terus angkat. Sedialah untuk dihidang dengan nasi panas dan lauk pauk lain.
No comments:
Post a Comment